*TARBIAH DIRI*

السَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَــــاتُه

بِسْـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحمَّـــدْ

Mencaci orang lain dengan kata-kata kotor, tidak membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri. Sebab kata-kata kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita. Hanya hati dan fikiran yang kotor mengeluarkan kata-kata kotor.

Menghina orang tidak membuat orang jadi hina, melainkan membuat hina diri sendiri. Sebab hanya hati dan fikiran yang hina akan mengeluarkan kata-kata dan prilaku menghina.

Menghormati orang dengan kata-kata kasih akan membuat diri anda dihormati dan hati anda penuh kasih sayang. Sebab hanya hanya hati yang penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata-kata kasih.

Menguatkan orang lain dengan kata-kata bijak akan membuat diri anda lebih kuat dan fikiran anda bijak. Sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata-kata bijak.

Membahagiakan orang dengan kata-kata berpengharapan akan membuat diri anda bahagia dan penuh pengharapan. Sebab hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata-kata penuh harapan.

Kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan akan membentuk siapa diri kita.

Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki & selanjutnya pula itu pula yang akan kita terima.

Dosa boleh diampunkan dengan taubat dan pendosa boleh berubah dengan amal ibadah dan kebajikannya. Kerana itu Islam membenci dosa. Bukan membenci pendosa.

Bila mata bertemu mata akan timbul rasa cinta, tapi bila dahi bertemu Sejadah akan kau temui kebesaran ALLAH.

Semoga bermanfaat.

۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهٖ وَصَحْبِهٖ اَجْمَعِيْنَ۞

Komentar

Postingan Populer